Tuesday 4 December 2012

12 Sebab Kenapa Anak Perlukan Ayah Yang Aktif!


Alhamdulillah, finally we have settle down in our new Home Sweet Home at Sierra Ukay! My back is still aching due to all the house moving and non stop cleaning. It's time for mummy to get a break n let daddy take care of both heros la pula.. Tukar shift! Hehe.. Who says man does not know how to take care of baby? I memang salute my darling hubby ni..came back from work saje he'll straight away take little Rayhan and let me do the cooking then i'll Zzzz.. Ya betul! He siap tak mandi lagi beb! He will make sure both of them sleep barulah he will continue sidai baju, basuh baju then baru he mandi. hehe..How can i not love this guy! Alhamdulillah. Walaupun daddy ni nampak 'garang' tapi hati cukup lembut dan sayang pada anak-anak. I kept telling him that our both sons need a good role model in their life and the best role model is their own father! Thus, he needs to interact n play more often with these kids in developing a healthier childhood life. 
Agree?

Now here is 12 reasons why our children needs his super daddy : 

  • Kasih Sayang - Kanak-kanak suka dibelai dan dimanja. Jika ayahnya mengungkapkan "ayah sayang adik", sudah pasti hubungan leibh erat akan terjalin yang akan memberi kesan keapda kestabilan emosi. For example: my hubby loves to say this to my 20 months old Rayyan "kiss Daddy! Rayyan.. faster come here kiss daddy!" then our son will go and let his daddy kissed his cheeck instead! haha..
  • Pendidikan Kewangan - Kajian mendapati seorang ayah yang baik adalah mahir dari segi pengurusan kewangan. Ini kerana penyediaan keperluan untuk perkembangan anak ini disediakan dengan baik termasuk pembelajaran, pemakanan dan kebajikannya. 
  • Sikap yang positif - Kanak-kanak sentiasa menjadikan ibubapanya sebagai role modelnya. Tingkah laku seorang ayah yang positif akan mempengaruhi kanak-kanak ini berkelakuan sebegitu. For example: I will always tell my hubby to show more love to me in front of our kids. Hoping that one day they would learn to care and love their own wives too.
  • Sokongan emosi - Kanak-kanak memerlukan keseimbangan emosi daripada ibu bapanya. Seorang ayah hyang aktif akan mendengar dan memberi sokongan kepada anaknya tentang kegembiraan, kesedihan, ketakutan dan kekecewaan. 
  • Tingkatkan keyakinan diri - Kanak-kanak yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi akan lebih gembira berbanding dengan kanak-kanak yang kurang yakin. Seorang ayah yang aktif akan mendidik anaknya supaya memahami nilai diri yang tinggi.
  • Tingkatkan perkembangan kercerdasan - Kanak-kanak yang sentiasa mendapat perhatian daripada ayahnya akan cenderung berkebolehan berbahasa dan pengiraan srta dapat menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial dengan baik.
  • Beri tunjuk ajar dan disiplin - sejak kecil lagi kanak-kanak memerlukan tunjuk ajar dan disiplin. Ayah yang aktif akan mengajar anaknya tentang sikap yang baik dan emosi yang stabil. 
  • Tempat untuk bertanya - Kanak-kanak menpunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Seorang ayah yang aktif akan memberikan jawapan yang penuh dengan informasi bagi setiap pertanyaan oleh anaknya. 
  • Bermain bersama anak - Kajian mendapati ibu atau ayah mempunyai pendekatan yang berbeza ketika bermain bersama anak mereka. Kebiasaannya seorang ayah akan lebih kepada cara fizikal yang lasak (bergusti, berlari aktiviti lasak) yang mana memberi kebaikan keapda anak lelaki untuk meningkatkan kebolehan dalam dirinya.
  • Perspektif kehidupan - Kajian mendapati lelaki atau wanita mempunyai cara berbeza dalam hal keibubapaan. Apa jua cara mendidik yang penting agar minda anak sentiasa lebih cerdas. 
  • Peningkatan akademik - Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan ketegasan ayahnya akan membuat anak ini lebih berjaya apabila segala urusan berkaitan dengan pembelajaran diberi perhatian oleh ayahnya. 
  • Perkembangan moral - kanak-kanak memerlukan panduan untuk mereka membuat pilihan dalam kehidupannya. Perkembangan moral positif yang ditunjukkan oleh ayahnya membantu kanak-kanak untuk berkembang dengan baik. 
Dipetik daripada PaMa Jun2011

Have U Kiss Ur Kids Today??

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; 
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan 
disayangi." 


Rayyan Touched Down Daddy! 

Klik LIKE di FanPage saya : https://www.facebook.com/MamiAwesome 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...