Salam mommies..how's your weekend? I had an enjoyable moment last saturday and sunday! Sebab i dapat enjoy belanja makan my hubby and buy new toys for my sons with my own home bisness BONUS! Best! Best!
I sangat syorkan agar bakal ibu atau first time mommies untuk menambah ilmu penyusuan susu ibu supaya lebih berkeyakinan dalam menangani cabaran psikologi atau persepsi negatif dari orang sekeliling atau si ibu sendiri.
Terdapat pelbagai petua dan cara menambah susu ibu yang boleh diamalkan.
Pemakanan penggalak susu (milk booster):
Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:
Lobak putih

Buah longan kering

Kurma

Pucuk betik/Betik muda
Halba/Fenugreek

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Moringa/murunggai/pokok kelor

Jantung pisang
Daun cekur manis/pucuk manis
Kacang soya

Pengambilan Air
- Ibu menyusu mestilah kerap meminum air masak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari.
Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep supply and demand. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda. MORE DEMAND MORE SUPPLY! Kalau malas pump, susu pun malu-malu nak keluar.
Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
Okay.. setakat di sini saja coretan hari ini.. Kalau nak susu banyak, kenalah usaha lebih, kena rajin dan konsisten dalam semua amalan ini.
Happy Breastfeeding!
No comments:
Post a Comment